Biarlah bersendirian daripada mencari kebahagiaan yang tidak abadi

Khamis, 30 Ogos 2018

Miah versi baru

Ok jom mula secara matang.

Ya, kali ni, mungkin aku anggap aku hebat. yelah, aku ada otak yang bijak, muka yang boleh lah.. so aku boleh buat pilihan. lagipun aku dah makin remaja. dah perlu cari hala tuju sendiri. ego pun mula semakin mengganas. emosi pun mula semakin melayan. ya, kehidupan remaja

Ok memang aku tak nak nafikan yang selama ni aku pernah minat kat orang. secara suka-suka je. memang aku jumpa ramai orang baik-baik. Tapi selama ni aku tak pernah seserius aku sekarang.

Siapa Hilmiah sekarang ?

Hilmiah ni ialah seorang yang betul-betul tak dijangka. sekejap je dia boleh hilang. biasanya dia akan pergi kat bumi khayalan dia.

Hilmiah ni makin ditegur makin memberontak. Tambah-tambah makin dia besar.

Hilmiah ni cara nak umpan dia senang je. Carilah orang yang dia selalu tersekat. Sebagai contoh, orang yang dia betul-betul sayang. Contoh paling besar, IBDAI. Batch dia.

Okay kalini aku, Hilmiah, nak jelaskan kenapa aku nak berubah jadi orang yang baik.

Sejujurnya, aku memang tak ngam dengan makcik aku, pakcik aku. Dari awal Form 1 sebab aku tak nak masuk sekolah agama pun. Semua disebabkan dia, aku dapat tawaran SMAPL. Aku berhajat nak masuk STF or TKC. Tapi nak buat camana, masuk je lah kan ?

Bila naik form 4, jin-jin dalam badan aku selalu kata, " kau tu dah besar, buat cara dah besar "

Terutamanya bila aku ada seorang yang aku betul-betul sayang. Biasalah, remaja. Jin-jin yang kawal aku. Aku buat semua benda berdasarkan emosi, dan ego. Tak kisah lah dalam akademik ke, Chess ke. serious talk, dalam ego dan emo. Kadang-kadang ego tu baik, kadang-kadang ego tu buruk.

Tapi aku makin tambah emosi bila Makcik aku panggil aku sebab nak bincang hal orang yang takdelah penting mana dalam hidup aku. Kitorang kawan. Oleh sebab dia makin tegah, aku makin cuba untuk melawan.

Makin lama aku sedar aku makin teruk. Ya, memang aku makin teruk. Hilmiah ada cara sendiri untuk dinasihati.

-----------------------------------------------------------------------------------

Ok taknak lengahkan masa, jom start masuk kenapa aku nak berbaik ngan pakcik makcik aku.

Honestly, aku tak berapa sokong dengan Najiy. Dia suruh aku berbaik dengan saudara sendiri yang aku dah lama musuh dalam diam. Ya, dia banyak tahu pasal makcik aku tu. Dia siap bagi tazkirah lah, apa lah. Kadang-kadang penat jugak dia pujuk aku.

Tapi, satu hari... Yang bangkitkan kemarahan tu, Makcik aku. Dia tak percaya aku outing ngan junior aku. So dia datang just nak kata ' Hidup jangan menipu '. dia tak tahu, time tu aku dah dalam proses berubah nak mati. Berubah bukan senang, susah sangat. sakit nak berubah, tinggalkan jahiliah. So time tu aku memang marah gila kat dia. air mata aku jatuh sebab dia masih tak percayakan aku dan masih salahkan najiy. Sedangkan, kalau dia tahu, aku mula terima dan sedar aku ada kat mana sebab kata-kata najiy yang tajam, mesti dia akan stop salahkan siapa najiy. Aku buat semua benda sebab kehendak aku selama ni. Bukan sebab najiy. So sebabtu lah aku mula makin bermusuh dengan Makcik aku.

Waktu makin berlalu, Usia semakin matang. Aku mula terima satu persatu nasihat najiy. Berbuat baik dengan saudara sendiri, Jangan bermusuh, Kalau susah dia yang akan bantu, Stop cari kesalahan dia dan lain-lain. Yang paling aku ingat, Tazkirah dia, Hubungan dengan manusia tu boleh tahu hubungan kita dengan Allah. Fuhhhhh. Aku pun memberontak kali ni.

Sebab apa ? sebab najiy tak tahu yang makcik aku kata ' dia ni belum tentu baik '. Aku buntu gila nak pilih yang mana.

Sejujurnya, sebelum masuk Smi Sri Setia ni, aku belajar fizik dengan najiy. aku berhubung dengan dia hari-hari. dia tak jemu ajar aku walaupun dia tahu yang makcik aku ni hebat fizik. Secara jujur lagi, aku tak pernah tahu apa itu fizik sejak belajar kat smap. Satu habuk pun tak masuk. Time dia ajar, aku macam budak tadika terkedek-kedek tanya dia. Itu satu effort dia nak tengok aku lulus fizik. Sebab cita-cita dia engineer, so dia taknak tengok orang yang dia sayang tak hebat macam dia. Katanya lah.

Dia korbankan rehat dia lepas main hoki sebab nak ajar fizik je. Tapi alhamdulillah, sikit demi sikit aku dapat. sampailah sekarang, aku faham apa yang buku teks dengan pakcik aku terangkan. Sebab basic dah ada.

Itupun makcik aku kata dia tak baik ? So kali ni aku cerita kat dia. Dia husnuzzon lagi, suruh aku berbaik. Lama-lama hati aku terbuka lah jugak terima kata-kata dia untuk berbaik.

Aku amik inisiatif nak terangkan kenapa aku tak boleh stop contact najiy. Tapi susah. sebab dalam hati makcik aku dah label najiy tu orang yang jahat, nak permainkan aku. Come on, aku kawan dengan budak-budak jahat, playboy, yang dah hilang mahkota. semua aku kawan. aku boleh kenal perangai mana yang jahat atau baik. Itulah yang makin aku emo.

Ok kalini aku berbaik, tapi aku amik inisiatif yang terdekat. Aku tahu yang makcik aku sentiasa ingat yang aku bawa fon ke sekolah. So kalini aku betul-betul bawa. Aku nak tunjuk kat dia, siapa sebenarnya aku. Apa usaha aku selama ni untuk tunjuk kat dia. Aku betul-betul taknak jadi aku kat smap dulu. Semua junior takut aku sebab perangai aku yang macam babi kat asrama, ni jujur. Aku ada geng ( dirahsiakan orangnya ), Geng aku semua sama jenis dengan aku. Sebab tulah aku susah nak berubah. Sokongan lagi ramai. Tapi alhamdulillah, dalam geng dajal ni pun akulah yang paling baik, tapi aku yang paling dibenci.

Allah dah buka hati aku kalini, aku betul-betul nak pulihkan hubungan aku ngan saudara aku. Kalau aku boleh jaga hubungan dengan najiy even though dia tu ego nak mampus, takkan aku yang ego nak mampus ni takleh baikkan hubungan kan ? So, aku buat surat confession dekat pakcik aku. Air mata aku tak boleh berhenti mengalir masa tulis surat tu. Sebab apa ? Sebab ego aku jatuh dengan teguran Najiy. Aku harap makcik aku kenal siapa dia sebenarnya. Disebabkan dia, aku usaha tebalkan muka untuk minta maaf kat orang yang aku dah musuh hampir 4 tahun dalam diam.

Aku harap kalini, Najiy tu tak dipersalahkan oleh makcik pakcik aku lagi. Kalau makcik pakcik aku tahu siapa dia, aku rasa, aku orang yang paling first sujud syukur. Aku nak sangat diorang tahu. Aku rasa kalau aku berhenti berhubung dengan najiy, aku takkan berbaik dengan makcik aku sampai sekarang. kita nak berubah dengan sokongan orang yang kita boleh terima, bukan dengan batu dan api. Makin teruklah otak kita nanti.

Walaupun sekarang najiy selalu kena dengan cikgu-cikgu dia pasal aku, Dia okay. sengan syarat, aku berbaik dengan makcik pakcik aku.

_____________________________________________________________________________


Cara aku, aku bawa fon gi sekolah, then bagi pakcik aku. dalam tu aku amik kesempatan minta maaf. Cuma, balik tu aku kena marah dengan ayah aku. Sebab bawa fon. PAdahal nilah satu-satunya cara untuk aku tunjukkan siapa diri aku versi baru. Ya, Miah versi baru kalini dah hampir sepenuhnya berubah.

______________________________________________________________________________


Kepada abang saudaraku,
Berhentilah main screenshot-screenshot ni. tak matang tahu tak.

Kepada pakcik dan makcik,
Berhentilah dari menuduh benda yang bukan-bukan, Mimi tahu pengalaman kalian memang banyak. Tapi mimi tahu siapa yang mimi berkawan

Kepada ibu dan ayahku,
Terima kasih sebab masih tak kongkong dengan siapa mimi berkawan. Inshaa Allah yang buruk tu semua mimi amik pengajaran. Yang baik-baik tu semua mimi cuba contohi.


Sekian,
Ikhlas dari Hilmiah binti mohd nor